TAJUK 1 : SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN
Pada
permulaan kami didedahkan dengan beberapa tajuk-tajuk yang akan dibincangkan
dalam kuliah. Sesi pembelajaran dimulakan dengan kumpulan yang pertama untuk membentangkan berkaitan tajuk ‘Sosiologi dan
Pembelajaran’. Melalui sesi pembelajaran kali ini, guru menerangkan dengan
lebih lanjut tentang pengertian sosiologi iaitu mempelajari masyarakat,
perilaku masyarakat, dan perilaku sosial manusia dengan mengamati perilaku
kelompok yang dibangunnya serta ilmu-ilmu yang berkaitan dengan sosiologi. Di
samping itu, turut dikaitkan dengan pencetus sosiologi, Augustu Comte yang
dikenali sebagai ‘bapak sosiologi’, Emile Durkheim (ilmuwan sosial Perancis),
Herbert Spencer (ilmuwan Inggeris) serta Lester F.Ward (ilmuwan Amerika). Ilmuwan
tersebut turut mencetuskan tahap-tahap perkembangan intelektual termasuklah
tahap teologis, tahap metafisis dan tahap positif. Guru turut meyenaraikan
antara ilmuwan besar dalam bidang sosiologi ini. Di samping itu, guru
membincangkan tentang sosiologi yang diperkenalkan Augutu Comte termasuklah
sosiologi statis dan sosiologi dinamis serta daripada beberapa ilmuwan dalam
bidang ini.
Secara amnya, sosiologi dan pembelajaran penting dalam pendekatan
pengajaran guru kerana dengan ini murid mampu membentuk konsep diri yang
positif serta meningkatkan kualiti hidup serta daya social pergaulan bersama
rakan sebayanya. Sosiologi juga dikaitkan dengan objek iaitu masyarakat yang
memerlukan ilmu sosiologi bagi meningkatkan kemampuan seseorang untuk
menyesuaikan diri atau beradaptasi dengan lingkungan sosialnya. Setelah selesai
membincangkan berkaitan topic yang dipelajari, guru mengadakan aktiviti yang
dikenali sebagai ‘kenali rakan anda’. Setiap pelajar diagihkan kepada beberapa
kumpulan dengan diberi nombor. Pelajar tidak mengenali antara satu sama lain dalam
kumpulan tersebut. Oleh itu, aktiviti ini berupaya membuatkan pelajar tersebut
kenal antara satu sama lain. Pelajar diberi kertas dan diminta memberi ‘first
impression’ terhadap ahli kumpulan tersebut. Melalui aktiviti yang dijalankan,
hal ini dapat dirumuskan bahawa hubungan yang baik dapat diwujudkan sekiranya
pelajar memahami pengertian sosiologi dengan baik.
TAJUK 2 : INTERAKSI DALAM PEMBELAJARAN
Sesi pembelajaran diteruskan dengan topik ‘Interaksi dan Pembelajaran’.
Guru menerangkan dengan lebih lanjut bentuk-bentuk interaksi dalam
pembelajaran. Interaksi dalam pembelajaran membawa maksud satu jalinan hubungan
di antara guru dan pelajar. Guru dan pelajar akan sentiasa berinteraksi antara
satu sama lain supaya saling melengkapi. Interaksi antara individu merangkumi 3
kategori termasuklah percakapan guru, percakapan pelajar dan kesenyapan. Percakapan
guru terbahagi kepada pengaruh langsung dan pengaruh tidak langsung. Guru turut
mendedahkan berkaitan jenis-jenis interaksi seperti interaksi sehala, interaksi
dua hala, dan interaksi pelbagai hala.
Tambahan pula, interaksi antara pelajar dan guru amatlah penting dalam
pengajaran dan pembelajaran (P&P) kerana ia dapat memastikan murid faham
mengenai sesuatu pelajaran. Dalam pengajaran, guru harus memastikan objektif
dan sasarannya dapat dicapai, dengan adanya interaksi ini, ia akan meningkatkan
kefahaman dan minat pelajar.
Interaksi sehala melibatkan pendekatan yang lebih memusatkan kepada guru
manakala interaksi dua hala melibatkan perbincangan atau kaedah menyoal.
Interaksi pelbagai hala melibatkan pendekatan kumpulan atau kaedah projek serta
kaedah menyelesaikan masalah. Terdapat dua aktiviti yang dijalankan termasuklah
‘copy paste’, menara impian dan bakat lakonan. Melalui aktiviti yang dijalankan,
pelajar dapat memahami interaksi yang sesuai digunakan bagi memastikan proses
P&P berjalan dengan lancar.
TAJUK 3 :KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR.
Sesi pembelajaran diteruskan lagi dengan tajuk seterusnya iaitu ‘Kajian
Pengurusan Pembelajaran Pelajar’. Namun, penekanan diberikan pada dua subtopik,
perspektif multidisiplin pengurusan pembelajaran dan kajian-kajian pengurusan
pembelajaran pelajar. Guru menerangkan dengan lebih lanjut berkaitan definisi
multidisiplin dan perkaitan dengan guru dan pelajar. Multidisiplin merujuk
kepada kepelbagaian bentuk yang dialami dalam melaksanakan pendidikan di dalam
sesebuah negara seperti bidang ekonomi, agama dan sains. Guru turut mendedahkan
ilmuwan yang membincangkan tentang multidisiplin seperti Santa Fe Instate dan Murray
Gell. Di samping itu, guru turut memperkenalkan tokoh-tokoh yang membicarakan tentang
kajian-kajian pengurusan pembelajaran pelajar termasuklah Muhammad Bustaman dan
Abd Rahman Rashid. Antara kajian yang dijalankan bagi meningkatkan standard
kualiti pengurusan pembelajaran termasuklah pengurusan masa guru yang berkesan,
kaedah pembelajaran semasa, teknik pengajaran yang sesuai dengan keadaan semasa
dan sukatan buku teks.
Aktiviti yang dijalankan ialah menjawab soalan matematik dalam bahasa
Inggeris dan menggunakan bahan bantu mengajar dalam subjek-subjek tertentu
seperti Sejarah bagi menarik minat pelajar. Melalui aktiviti yang
dijalankan, dapat disimpulkan bahawa pendekatan guru itu sendiri dalam
menyampaikan maklumat kepada para pelajarnya merupakan aspek penting bagi menarik
minat pelajar untuk belajar. Guru perlu mengaplikasikan kemudahan yang sedia
ada. Selain itu, perspektif multidisiplin yang memerlukan kreativiti guru dalam
memastikan proses p&p berjalan dengan lancar. Contohnya seperti pelaksanaan
PPSMI yang membantu pelajardalam memperbaiki tahap kefahaman mereka bagi mata
pelajaran bahasa Inggeris.
TAJUK 4 : KEPIMPINAN DAN ORGANISASI.
Sesi pembelajaran kali ini diteruskan lagi dengan tajuk ‘Kepimpinan dan
Organisasi’. Guru memberikan pendedahan berkaitan gaya kepimpinan yang perlu
diterapkan kepada setiap guru. Guru turut menjelaskan tentang organisasi yang
terdapat di sekolah yang diketuai oleh pengetua, penolong-penolong kanan, guru
serta pelajar. Di samping itu, guru mendedahkan bidang- bidang tugas bagi
pengetua, penolong kanan, kaunselor dan guru kanan mata pelajaran. Selain itu,
guru turut membincangkan gaya kepimpinan yang diamalkan di sekolah termasuklah
autokratik, demokratik, laissez-faire dan kontigensi. Autokratik merupakan
kepimpinan yang bercorakkan mutlak. Guru menerima arahan daripada pengetua
tanpa banyak soal manakala demokratik pula lebih bersifat liberal. Pengetua
akan berbincang bersama guru malahan guru diberi peluang untuk memberi
pandangan serta pendapat masing-masing. Laissez-faire pula bertentangan
sifatnya dengan autokratik dengan memberi kebebasan, kurang unsure-unsur
kawalan dan kurang memberi pandangan. Pengetua hanya bertindak sebagai
pemerhati senyap. Hal ini berbeza dengan kontingensi yang lebih mengamalkan
tiada cara khusus yang sama dalam semua keadaan untuk memimpin dan mentadbir
organisasi sekolah.
Kepimpinan yang dijalankan mengikut situasi. Terdapat beberapa tokoh
yang membicarakan tentang kepimpinan bilik darjah termasuklah Hook dan Vass
yang mendefinisikan kepimpinan sebagai satu kemahiran di mana guru menggunakan
kepimpinan untuk mengurus dirinya sendiri dan berkomunikasi dengan yang lain,
mengaitkan perkara yang berlaku sehari-hari dengan interaksi dua pihak,
menyampaikan visi kepada murid-murid dan meyakinkan mereka supaya mengikut.
Guru juga menyenaraikan ciri kepimpinan berkesan yang dicetuskan oleh Shippen.
Tambahan pula, guru turut menjelaskan definisi gaya pengajaran serta jenis gaya
pengajaran yang diamalkan seperti pengajaran secara tidak langsung dan
pengajaran secara langsung. Antara aktiviti yang dijalankan ialah kemahiran membuat
lukisan yang bercorakkan alam sekitar. Aktiviti yang dijalankan berkaitan
subtopik gaya kepimpinan. Ketua yang dilantik diminta ke hadapan dan
diarahkan untuk memilih corak kepimpinan yang ada seperti autokratik,
demokratik, laissez-faire dan kontigensi serta mengaplikasikan konsep tersebut
dalam kumpulan masing-masing
TAJUK 5 : PENGURUSAN MURID.
Sesi pembelajaran diteruskan lagi dengan tajuk ‘Pengurusan Murid’. Guru
menjelaskan aspek-aspek yang perlu ditekankan dalam topik ini termasuklah
mengurus rekod murid, kesediaan murid belajar dan memotivasikan murid. Sistem
Maklumat Murid Berkomputer ini terdapat maklumat mengenai butir-butir peribadi
murid yang telah direkodkan. Dalam sistem ini mencakupi maklumat senarai rekod kesihatan
murid seperti penyakit alahan, semput, sakit jantung dan sebagainya. Maklumat
ini sangat penting sebagai langkah-langkah keselamatan. Rekod kedatangan harian
murid juga terdapat di dalam sistem ini. Sistem maklumat berkomputer ini juga
memudahkan urusan pertukaran sekolah dan memudahkan pendaftaran. Guru perlu
menitikberatkan pemantapan system pengurusan pelajar seperti kad 001 pelajar,
profil murid perlu kemas dan perkembangan akademik, emosi, sahsiah dan tingkah
laku pelajar. Selain itu, konsep kesediaan pelajar juga perlu diambil kira dari
segi kesediaan kognitif, afektif dan psikomotor.
Kesediaan kognitif lebih berkait rapat dengan mental untuk memahami dan
berfikir. Manakala, kesediaan afektif merujuk kepada sikap, keinginan,
ketekunan, perasaan, minat dan nilainya untuk menerima pelajaran yang
disampaikan. Kesediaan psikomotor merujuk kepada penguasaan kemahiran yang
berpusat kepada tindakan fizikal termasuklah perkembangan fizikal iaitu fungsi
anggota dan pengawalan penyelarasan penggerak di dalam seluruh tubuh badan.
TAJUK 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH.
Topik ini menerangkan mengenai pengurusan bilik darjah. Dua pengurusan
sumber yang perlu dikuasai oleh guru adalah pengurusan sumber manusia dan
sumber fizikal. sumber manusia merupakan satu faktor yang perlu diberi
perhatian bagi memastikan visi dan misi untuk kepentingan manusia itu
sendiri dalam sesebuah organisasi dapat dilestarikan secara optimum. Manakala,
Sumber fizikal adalah sumber yang berkaitan dengan kebendaan atau alam semula
jadi. Manakala sumber fizikal di dalam bilik darjah pula seperti yang kita tahu
merangkumi segala kemudahan dan peralatan yang terdapat di dalamnya seperti
kerusi meja untuk pelajar dan guru, papan hitam, papan kenyataan, ruang bacaan,
almari buku, alat bantu mengajar (ABM) dan sebagainya.
Selain itu, ilmu yang perlu diterapkan dalam diri seseorang guru itu
adalah ilmu pengurusan bilik darjah, ilmu interaksi yang berkesan, ilmu
pengurusan bilik darjah, ilmu pengurusan iklim bilik darjah, dan ilmu
pembelajaran dan pengajaran. Kesemua aspek ini perlu dikuasai oleh seseorang
guru sewaktu mengajar di dalam bilik darjah. Kemahiran juga diperlukan untuk
mengurus bilik darjah. Kemahiran pengurusan sumber fizikal, bahan mengajar,
pengurusan kaunseling, kemahiran pengajaran dan pembelajaran serta kemahiran
pengurusan sumber manusia. Strategi yang berkesan
juga diperlukan sewaktu mengurus bilik darjah.
Antara strateginya adalah seperti perancangan murid, perancangan
bilik darjah, wujudkan suasana kondusif, dan menyampaikan pengajaran
dengan menggunakan teknologi terkini. Antara aktiviti adalah senaman untuk kami
hilangkan mengantuk, susunan kotak mancis untuk melihat kumpulan mana boleh
membuat satu menara yang paling tinggi dan kukuh. Selain itu, aktiviti
susunan puzzle di mana diberi satu puzzle untuk disusun dan bagaimana untuk
interaksi dengan ahli kumpulan yang lain untuk menyiapkan tugasan dan
aktiviti-aktiviti lain juga.
TAJUK 7: PENGURUSAN SUMBER
Pengajaran dan
pembelajaran berasaskan sumber ialah segala usaha guru bagi melengkapkan
pendekatan dan strategi pengajaran dengan melibatkan pelajar supaya belajar
melalui penggunaan sumber-sumber pembelajaran. Antara sumber yang sering
digunakan oleh pelajar dan guru di sekolah ialah pusat sumber. Pusat Sumber
Sekolah (PSS) adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi
bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematis.
Pusat
sumber menyediakan maklumat, perkhidmatan dan keperluan bagi memperkukuhkan
pengajaran-pengajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat
pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan
berkemahiran belajar sepanjang hayat. Pusat sumber sekolah merupakan institusi
yang paling utama di dalam sistem pendidikan negara kerana peranan yang
dimainkannya sebagai tempat menyediakan bahan, khidmat, kemudahan pengajaran
dan pembelajaran.
Interaksi
yang berlaku di dalam bilik darjah banyak hala iaitu di antara guru dengan
bahan, bahan dengan murid dan guru dengan murid dan bahan. Strategi ini
mengutamakan kecekapan dan kemahiran murid dalam memanipulasikan pelbagai jenis
bahan. Strategi ini lebih sesuai digunakan oleh guru kerana ia menekankan
perkembangan jasmani, kognitif dan rohani murid-murid. Pembelajaran berasaskan
sumber sangat berguna dalam membantu guru menghadapi murid pelbagai keperluan.
Strategi ini menyediakan pelbagai wahana untuk murid belajar untuk kadar
masing- masing pada setiap masa dan di tempat pilihan mereka.
Secara umum, bahan bermakna apa sahaja
yang digunakan dalam pengajaran termasuklah pengetahuan dan nilai-nilai. Dari
segi teknologi pendidikan, apa yang diguna untuk menyampaikan pengajaran dan
menjadi rangsangan pelajaran digolongkan sebagai media pendidikan. Koleksi
bahan buku dan bukan buku yang boleh membantu dalam proses pengajaran dan
pembelajaran sama ada bagi keperluan guru atau murid. Antara komponen
pembelajaran berasaskan sumber ialah (1) penggunaan buku teks, (2) aktiviti
penelitian, (3) pencarian bahan dari pelbagai sumber, (4) latihan penyelesaian
masalah dan (5) penggunaan alat pandang dengar.
Strategi
pemusatan bahan terbahagi kepada dua kategori iaitu bahan pengajaran dan bahan
pembelajaran. Bahan-bahan yang digunakan ialah seperti carta, graf, peta
specimen, model gambar, slaid video, perakam pita dan projektor. Bahan yang
lebih canggih adalah pakej pembelajaran berasaskan komputer, CD-ROOM, komputer
multimedia, cakera padat interaktif, bahan daripada internet, persidangan-tele
dan persidangan-video. Strategi ini memupuk sifat-sifat sosial yang positif
khasnya bila murid dan guru berkongsi sumber dan bahan.
Selain itu, guru perlu memainkan
peranan yang penting bagi menanam minat membaca dalam kalangan murid. Dengan
membaca pelbagai jenis buku, murid akan mendapat pelbagai ilmu pengetahuan
secara tidak langsung. Koleksi bahan buku dan bukan buku yang juga boleh
membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran sama ada bagi keperluan guru
atau murid. Seterusnya, dengan adanya pusat sumber ini hasrat kerajaan akan
tercapai iaitu bagi melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani serta menjadi warganegara yang bertanggungjawab. Oleh itu,
pihak guru perlu menjalankan pelbagai aktiviti supaya hasrat kerajaan tercapai
seperti mengadakan melaksanakan Program Galakan Membaca di sekolah. Justeru,
PSS perlu membina koleksi bahan bacaan tambahan (BBT) yang berkualiti dan
pelbagai bagi menarik minat membaca dan seterusnya amalan pembelajaran
sepanjang hayat.
TAJUK 8 : STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN (BILIK DARJAH/MAKMAL/STUDIO/DLL).
Topik ini
menerangkan mengenai pengurusan bilik darjah. Dua pengurusan sumber yang perlu dikuasai
oleh guru adalah pengurusan sumber manusia dan sumber fizikal. sumber
manusiamerupakan satu faktor yang perlu diberi perhatian bagi memastikan visi
dan misi untuk kepentingan manusia itu sendiri dalam sesebuah organisasi dapat dilestarikan
secara optimum. Manakala, Sumber fizikal adalah sumber yang berkaitan dengan
kebendaan atau alam semula jadi. Manakala sumber fizikal di dalam bilik darjah
pula seperti yang kita tahu merangkumi segala kemudahan dan peralatan yang
terdapat di dalamnya seperti kerusi meja untuk pelajar dan guru, papan hitam,
papan kenyataan, ruang bacaan, almari buku, alat bantu mengajar (ABM) dan
sebagainya.
Selain itu, ilmu yang perlu diterapkan dalam diri seseorang guru itu
adalah ilmu pengurusan bilik darjah, ilmu interaksi yang berkesan, ilmu
pengurusan bilik darjah, ilmu pengurusan iklim bilik darjah, dan ilmu
pembelajaran dan pengajaran. Kesemua aspek ini perlu dikuasai oleh seseorang
guru sewaktu mengajar di dalam bilik darjah. Kemahiran juga diperlukan untuk
mengurus bilik darjah. Kemahiran pengurusan sumber fizikal, bahan mengajar,
pengurusan kaunseling, kemahiran pengajaran dan pembelajaran serta kemahiran
pengurusan sumber manusia. Strategi yang berkesan juga diperlukan sewaktu mengurus
bilik darjah. Antara strateginya adalah seperti perancangan murid, perancangan
bilik darjah, wujudkan suasana kondusif, dan menyampaikan pengajaran dengan
menggunakan teknologi terkini.
TAJUK 9 : PENGURUSAN TINGKAH LAKU.
Pelajar bersetuju bahawa disiplin ialah latihan supaya boleh mengawal
diri sendiri mengikut peraturan yang ditetapkan. Majoriti pelajar mengatakan
bahawa kepatuhan kepada peraturan sekolah boleh membentuk pelajar menjadi
individu yang bertanggungjawab dan disiplin diadakan untuk mewujudkan suasana
yang harmoni di sekolah. Sebahagian besar pelajar berpendapat disiplin sekolah
amat penting untuk menjamin kesejahteraan pelajar, guru dan sekolah bahkan
mereka bersetuju bahawa penerangan mengenai peraturan sekolah telah disebarkan
secara terperinci kepada pelajar. Majoriti pelajar juga berpendapat peraturan
sekolah yang sedia ada perlu diubah suai mengikut peredaran semasa tetapi ada
juga pelajar yang berpendapat peraturan yang ditetapkan di sekolah adalah
sesuai dan tidak mengongkong. Kebanyakan pelajar tidak bersetuju bahawa
membentuk disiplin secara paksaan adalah lebih berkesan kepada pelajar sekolah
kerana pelajar akan memberontak jika mereka dwipaksa melakukan perkara yang
mereka tidak suka.
Selain itu, ramai pelajar bersetuju bahawa hanya orang yang berdisiplin
sahaja boleh berjaya dan sebab itulah pelajar sentiasa berusaha mematuhi peraturan
sekolah walaupun peraturan itu tidak rasional. Majoriti pelajar bersetuju
bahawa kesedaran diri pelajar itu sendiri lebih baik dalam membentuk disiplin
yang berkesan. Oleh kerana itu, ramai pelajar yang tidak bersetuju memakai pakaian
menutup aurat kerana terpaksa mematuhi peraturan sekolah. Dengan wujudnya kesedaran
diri sendiri berbantukan keimanan yang jitu dalam diri pelajar dapat mendorong mereka
mematuhi disiplin yang ditetapkan dengan kerelaan diri sendiri.
Guru juga memainkan peranan yang penting untuk mendidik pelajar selepas
ibu bapa. Oleh sebab itulah hubungan yang erat antara pelajar dan guru dapat
melahirkan disiplin yang baik. Di samping itu, guru-guru perlu menerapkan
nilai-nilai murni setiap kali selepas sesi pembelajaran sama ada di dalam kelas
atau di luar kelas. Ramai pelajar yang tidak bersetuju bahawa kurangnya minat
dalam belajar menyebabkan mereka melakukan kesalahan disiplin di sekolah.
Sebahagian besar pelajar bersetuju bahawa kegiatan kokurikulum mempunyai
banyak faedah kepada pelajar dan ia dapat meningkatkan tahap dan mutu disiplin
pelajar. Oleh itu, pelajar bersedia memikul tanggungjawab apabila dilantik
menjadi pengerusi persatuan atau kelab. Guru-guru juga akan mengambil tindakan
apabila pelajar tidak menghadiri aktiviti kokurikulum untuk memastikan pelajar
tidak terjebak dengan perkara yang tidak berfaedah. Ada di antara mereka juga
berpendapat perhimpunan mingguan sekolah adalah salah satu cara untuk membentuk
disiplin pelajar. Pengawas akan mengambil tindakan ke atas pelajar-pelajar yang
melanggar peraturan sekolah. Dan seterusnya guru disiplin akan menggunakan
rotan sekiranya pelajar melakukan kesalahan. Ada juga pelajar bersetuju mengimplikasi
peraturan menggantung pelajar daripada persekolahan apabila mereka didapati
bersalah melanggar disiplin dapat mengurangkan masalah disiplin sekolah.
TAJUK 10 : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID.
Konsep penasihatan Zuraidah (1994), memberi nasihat adalah strategi
menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat Kamus
dewan, nasihat ialah ajaran, petunjuk, yang baik, peringatan, mengusulkan,
mengesyorkan ataupun menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal. Gibson
dan Mitchell (1999), nasihat digunakan bagi menyediakan klien dengan maklumat
baru dan berguna. Ia juga mengajar bagaimana untuk berfikir dan bertindak
Ciri-ciri penasihatan berfokus kepada permasalahan yang dihadapi
daripada menumpukan kepada diri individu yang bermasalah, berbentuk arahan atau
suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada orang lain.
Orang yang berautoriti ini adalah lebih berpengalaman, banyak pengetahuan dan
pengiktirafan. Memberi nasihat adalah strategi yang paling cepat untuk
mengatasi permasalahan jika nasihat itu meninggalkan kesan.
Tiga cara bagi menghadiri sesi kaunseling dan bimbingan iaitu secara
sukarela, rujukan (dibuat oleh pihak HEM) dan dijemput (dihantar surat bagi
menghadiri sesi tersebut). Kemudian, ciri-ciri pelajar yang perlu diberi
kaunseling dan bimbingan ialah murid yang mempunyai masalah sahsiah, masalah
peribadi dan masalah disiplin (terutamanya pelajar asrama).
Kaedah mentadbir satu organisasi ialah secara bimbingan. Kaunseling. Melalui
bimbingan, masalah dapat diselesaikan. Sebagai contoh ; masalah pembelajaran.
Manakala melalui kaunseling, masalah seperti rakan sebaya, jati diri dan ibu
bapa pula akan diselesaikan. Pengurusan di sekolah ini menyelesaikan masalah
melalui empat tahap iaitu nasihat, teguran dan amaran.
TAJUK 11 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA.
Topik ini menyentuh mengenai kepelbagaian budaya dalam kalangan murid.
Murid yang berbeza budaya ini memerlukan pengurusan yang baik untuk
menguruskannya. Pelbagai aspek yang perlu dilihat terlebih dahulu seperti kelas
kehidupan, agama, jantina, orientasi seksual, bahasa, umur, kenegerian,
kenegaraan dan juga kaum atau etnik sebelum pengurusan pelbagai budaya itu dijalankan.
Pengurusan merentasi budaya ini juga merangkumi pembinaan persekitaran bilik
darjah yang mesra budaya iaitu yang melibatkan aspek fizikal bilik darjah, dan
sudut-sudut pembelajaran dan bacaan.
Selain itu, peranan guru juga
diperlukan sebagai ‘Physical Environment Designer’. Tambahan pula kurikulum
mata pelajaran yang diajar, penerapan nilai murni dan program Rancangan
Integrasi Murid Untuk Perpaduan turut terlibat. Isu kepelbagaian budaya murid
seperti bahasa melayu sebagai bahasa pengantar, masyarakat majmuk, penyatuan
jati diri Malaysia, belia generasi negara, dan sekolah wawasan menjadi isu dalam
pengurusan pelbagai budaya ini yang perlu diambil kira oleh semua bakal guru.
TAJUK 12 : PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA.
Di dalam topik ini, pengurusan murid merupakan satu agenda penting dalam
sebuah institusi pendidikan. Pengurusan murid yang efektif mampu memberikan
impak yang mendalam terhadap personaliti murid seperti tingkah laku, kemahiran
berfikir, kecerdasan kognitif, intrapersonal dan interpersonal. Lantaran ini
kerana ianya selaras dengan perkara yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) yang mahukan sistem pendidikan di Malaysia dapat melahirkan murid
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI).
Kaedah pemulihan dan pengayaan diguna pakai bergantung kepada masalah seseorang
murid itu.
Pemulihan merupakan tindakan yang dijalankan untuk membantu murid-murid
yang mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan
mengira (3M). Manakala, Pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti
asas pembelajaran yang dilakukan samaada semasa sesi persekolahan atau di luar
waktu persekolahan. Tujuan program pengayaan ialah untuk meluaskan pengetahuan
dan pengalaman disamping mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Terdapat
juga pelbagai kecerdasan dalam kalangan murid. Setiap murid mempunyai kecerdasan
yang berbeza-beza. Setiap kecerdasan perlu dinilai sama rata dan sama berat.
Kecerdasan murid dapat dipertingkatkan melalui peluang pendidikan
seperti menyediakan persekitaran yang kaya dengan bahan dan aktiviti yang
menyeronokkan. Manakala, murid berkeperluan khas boleh ditakrifkan sebagai
golongan murid istimewa yang kurang berupaya (disabled), murid pintar cerdas
(gifted), murid berisiko (at risk) dan murid bermasalah dari segi pembelajaran
dan tingkah laku. Pengurusan murid yang dikendalikan oleh guru di sekolah dapat
membantu menarik minat murid untuk belajar dan memperkembangkan kebolehan
mereka dari segi kognitif, afektif, dan psikomotor. Dalam tajuk, apa yang dapat lihat
adalah pemulihan, pengayaan, pelbagai kecerdasan dan berkeperluan khas
mempunyai hubungkait di antara satu sama lain dan guru di sekolah haruslah
kreatif dalam menjalankan P&P di dalam kelas serta bijak dalam memberikan pendidikan
kepada murid mengikut tahap mereka.
TAJUK 13 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN.
Sudah menjadi fitrah setiap manusia yang cinta akan sesuatu yang cantik,
bersih dan ceria. Begitulah juga dengan pelajar-pelajar sekolah yang memerlukan
persekitaran sekolah yang baik bagi merangsang pembentukan jiwa yang tenang dan
aman dalam menimba ilmu pengetahuan. Jadi tidak hairanlah mengapa pihak
pengurusan sekolah amat menekankan aspek iklim dan persekitaran sekolah yang
baik. Mana mungkin pelajar dapat belajar dengan tenteram sekiranya persekitaran
sekolahnya kucar kacir, kotor, berbau dan bising.
Pada kebiasaanya, sebuah sekolah yang iklimnya dianggap positif
mempunyai ciri-ciri fizikal sekolah yang bersih dan menarik, hubungan sosial
yang baik antara semua warga sekolah serta suasana kerja yang produktif.
Manakala iklim negatif atau tertutup lazimnya mempunyai keadaan sekolah yang
kucar-kacir, kurang selamat, tidak tenteram dan teratur, malah sering
menghadapi konflik dan masalah disiplin (Mok Soon Sang, 2003).
Pada amnya, iklim dan persekitaran sekolah akan membawa pengaruh yang
penting terhadap pembentukan tingkah laku, imej mental, aspirasi dan interaksi
sosial bagi anggota-anggota di dalamnya (Abdullah Sani bin Yahya, 2007). Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa
sekolah yang berpencapaiaan tinggi mempunyai tahap keceriaan yang lebih baik
berbanding sekolah yang persekitarannya kurang ceria (Mohd Redzauddin bin
Ismail, 2008). Oleh hal yang demikian, suasana dan iklim sekolah adalah amat
penting dalam membantu pelajar untuk belajar dengan tenteram dan selesa.
Selain itu, apabila kawasan persekitaran sekolah yang cantik dan ceria,
pelajar tidak akan jemu untuk hadir ke sekolah lagi kerana merasa bahagia
berada di kawasan sekolah. Hal ini bukan sahaja dapat mengelakkan masalah
ponteng sekolah dalam kalangan pelajar malah masalah disiplin pelajar dapat
dikurangkan kerana emosi pelajar tidak terganggu. Dalam masa yang sama,
sesebuah sekolah yang cantik dan menarik pasti akan mendapat pujian daripada
pelbagai pihak terutamanya ibu bapa pelajar yang menghantar anak-anak mereka ke
sekolah. Mereka akan bertambah yakin dengan pihak pentadbiran sekolah yang
mampu mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi membantu proses
pembelajaran anak-anak mereka.
Tetapi tidak dinafikan terdapat halangan-halangan tertentu dalam
merealisasikan hasrat tersebut. Salah satu halangan terhadap melaksanakan
sesuatu projek keceriaan biasanya timbul daripada masalah kewangan. Dalam hal
ini, semua pihak patut bekerjasama termasuklah, pengetua, guru-guru, staf-staf
sekolah, para pelajar dan pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Pihak
sekolah perlu berusaha mencari penaja, pelajar pula boleh menjalankan kutipan
derma melalui program-program tertentu, guru-guru pula membantu para pelajar
menjalankan program-program amal. Sekiranya iklim dan persekitaran sekolah
dalam keadaan yang bersih dan ceria, sudah pasti motivasi dan prestasi pelajar
dapat ditingkatkan ke tahap yang optimum seterusnya mewujudkan budaya sekolah
yang positif.
TAJUK 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN.
Setiap bakal guru perlu lah membuat persediaan dari segala sudut sebelum
melangkah ke alam persekolahan. Persediaan yang rapi membolehkan guru
menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku ketika proses pembelajaran
dijalankan. Pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik dan berkesan
sekiranya guru menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isi
pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid. Guru perlu tahu untuk
menyampaikan kandungan pelajaran berbentuk teori dan amali. Guru perlu sentiasa
mengubahsuai strategi mengikut jangkaan keberkesanan penggunaan sesuatu kaedah.
Guru yang berhasrat untuk menjadikan pengajarannya efektif, seharusnya membuat
kajian atau penyelidikan mengenai kaedah yang paling sesuai untuk sesuatu isi
pelajaran, topik atau kemahiran. Murid lebih tertarik kepada kaedah yang
kemaskini dan menggunakan peralatan elektronik seperti komputer, internet,
powerpoint, dan video.
Walau bagaimanapun, guru yang bijak menggunakan gaya tingkah laku dan
intonasi suara, bercerita, memek muka humor, akan tetap menarik minat pembelajaran
dan murid mengikuti pengajaran secara efektif. Guru efektif sentiasa berfikir
dan merancang aktiviti penglibatan murid-murid dalam pengajaran. Kemahiran
berkomunikasi dan interaksi ke pendidikan pelbagai hala guru-murid,
murid-murid, dan murid-guru menjadi teras keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran. Murid akan merasa pendapat dan kehadirannya diperlukan serta
dihargai. Murid-murid perlu mengenali di antara satu sama lain, saling
berinterkasi dan menggunakan panggilan baik-baik. Semasa menyampaikan
pengajaran guru seharusnya mempunyai pemikiran positif dan bersangka-suka
terhadap murid agar ilmu yang disampaikan diterima dengan hati terbuka, ikhlas,
telus, tulus, berminda ceria dan humur. Memandang terus dan telus terhadap
individu murid dan melihatnya dengan penuh empati serta.
Guru seharusnya berkemahiran mengemukakan pelbagai jenis soalan dengan
tujuan tertentu berasaskan konsep penyoalan. Di antara tujuan penyoalan ialah mendapatkan
maklumat, menguji kefahaman, menimbulkan kepekaan, menarik perhatian,
membayangkan jawapan, dan mengukuhkan pemahaman. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
amat berkait rapat dengan pengurusan bilik darjah yang berdisiplin, susunan
meja dan kerusi yang suasana belajar, persekitaran harmoni keilmuan, dan
keceriaan wajah ilmuan. Lantaran sedemikian akan membolehkan guru melaksanakan
perancangan pengajaran dengan berkesan dan pencapaian pembelajaran maksimum.
Bilik darjah merupakan medan peranan, tanggungjawab dan amanah seseorang
guru dalam melaksanakan akauntabiliti profesionnya. Seseorang guru
dikategorikan sebagai efektif apabila pengajaran yang disampaikan mendatangkan
kesan positif di kalingan pelajar. Tahap efektif guru lazimnya dikaitkan dengan
tahap pencapaian pelajar sama ada dalam perolehan pengetahuan, kemahiran,
pengalaman dan apresiasi. Semua ini menjadi key performance index terhadap
keterampilan guru dan guru efektif. Guru berkebolehan menjangkau perlakuan yang
akan berlaku semasa pengajaran, berjenaka deduktif, dan menggunakan
kehadirannya dalam bilik darjah dengan terbaik dan sepenuh kebaikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan